fbpx

Kenderaan bertembung, bayi lelaki empat bulan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua kenderaan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 20 Jalan Papar – Beaufort yang mengakibatkan kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan. - Foto Ihsan PDRM.

PAPAR – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut selepas kereta dinaiki bersama tiga ahli keluarga lain terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 20 Jalan Papar – Beaufort tengah hari semalam.

Dalam kejadian pukul 1.20 tengah hari itu, ibu bapa serta abang mangsa turut cedera dan semua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba namun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan sebuah pacuan empat roda dan kereta Perodua Myvi.

“Siasatan mendapati kereta pacuan empat roda dipandu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dalam perjalanan dari arah Papar ke Membakut.

“Bagaimanapun, kenderaan terbabit hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kereta Myvi dari arah Beaufort ke Papar dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun yang membawa isteri serta dua anak lelakinya masing-masing berusia lima tahun dan empat bulan sebaiknya tiba di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat bayi itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk tindakan lanjut manakala ahli keluarga lain dihantar ke Unit Kecemasan hospital sama untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI