fbpx

Guru praktikal tadika campak anak murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang kanak-kanak dicampak guru wanita.
Komen netizen yang berang dengan insiden itu.

SHAH ALAM – Tindakan tidak berperikemanusian seorang guru praktikal mencampak seorang kanak-kanak di sebuah tadika di Klang di sini tular hari ini.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu jelas memaparkan kanak-kanak berseragam tadika itu terlebih dahulu ditolak sebelum dilempar dan dimarahi guru wanita itu.

Insiden dipercayai berlaku semalam itu diperhatikan murid-murid taska tersebut yang seakan terkejut dengan perbuatan itu.

Netizen jelas kecewa dan mengecam tindakan tersebut yang disifatkan keterlaluan.

“Biadap sangat ni, didikannya itu mempunyai masalah. Sepatutnya memberikan contoh depan anak-anak kecil.

“Baling manusia macam itu bukan tindakan yang betul. Berhenti jadi tenaga pengajar. Tidak layak,” jelas pengguna Facebook dikenali Nuraini Mohd. Ghani.

Dalam pada itu, difahamkan guru itu telah diberhentikan serta-merta dengan kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak 30 tahun tadika itu beroperasi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis daripada ibu mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI