fbpx

Gol sendiri Azerbaijan bantu Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PORTUGAL mengharapkan jaringan sendiri Azerbaijan untuk memenangi perlawanan biarpun membariskan pasukan terkuat pada aksi kelayakan tersebut. – AFP

TURIN – Portugal memerlukan jaringan sendiri Maksim Medvedev untuk melakar kemenangan 1-0 ke atas Azerbaijan pada aksi Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Allianz awal pagi semalam.

Meskipun menurunkan barisan terkuat yang diketuai Cristiano Ronaldo, namun juara Eropah itu dilihat bergelut untuk menembusi benteng pertahanan pasukan No.108 dunia tersebut.

Jurulatih Portugal, Fernando Santos menegaskan, beliau tidak kisah pasukannya menang dengan cara apa sekali pun, asalkan mereka berjaya mendapatkan tiga mata.

“Kami menang, itu yang pa­ling penting. Kadang-kadang perlawanan boleh jadi sangat sukar walaupun saya jangka kami boleh menang dengan mudah.

“Apa yang saya lihat, kami mendominasi perlawanan, terutamanya pada separuh masa pertama. Bagaimanapun, jentera serangan agak tumpul untuk menembusi pintu gol mereka,” kata Santos.

Selain itu, beliau turut memuji impak positif yang diberikan Joao Felix selepas dia dimasukkan pada minit ke-75 menggantikan Andre Silva.

“Corak permainan pasukan semakin baik apabila Joao (Felix) masuk ke dalam padang. Dia menjadi nadi utama pasukan ketika melakukan serangan,” ujar­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI