fbpx

Gambar anak suntik semangat penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI netizen mendoakan keselamatan penghantar makanan ini. BART SALLEH/FACEBOOK

SINGAPURA – Tindakan seorang penghantar makanan di Singapura meletakkan gambar anak-anaknya pada cermin hadapan motosikalnya menyuntik inspirasi buat netizen yang menyifatkan lelaki itu sebagai hero sebenar, lapor portal Mothership semalam.

Menerusi perkongsian pemilik akaun Facebook Bart Salleh, lelaki itu dilihat menunggang motosikal berwarna merah jambu dan memakai topi keledar yang dipenuhi pelekat kartun dengan satu daripadanya bertulis ‘Dad’s For Life’.

“Apabila saya melihat topi keledar tersebut saya tertanya-tanya mengapa dia sanggup memakai topi keledar sedemikian.

“Tetapi akhirnya saya sedar. Terus melangkah.  Moga selamat di luar sana,” ujarnya dalam kapsyen gambar yang dimuat naik pagi kelmarin.

 

FOTO anak-anak dilihat menghiasi cermin hadapan motosikal penghantar makanan ini. -BART SALLEH/FACEBOOK

Gambar lelaki itu diambil di Punggol yang terletak di sebelah timur laut Singapura.

Hantaran itu mendapat lebih 20 ribu reaksi selain dikongsi lebih 18 ribu kali oleh pengguna laman sosial tersebut.

“Keluarga, anak-anak adalah ubat rindu paling mujarab,” komen seorang pengguna.

“Bapa yang baik dan hebat. Anda hero keluarga,” ujar seorang lagi pengguna.

“Gambar itu akan mengingatkannya untuk sentiasa memastikan keselamatan diri dan terus bekerja keras,” tulis seorang lagi. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI