fbpx

‘Bunga sakura’ hiasi Seberang Perai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan Seberang Perai ceria dengan bunga tekoma yang mekar. - Foto : MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN

SEBERANG PERAI – Kira-kira 3,002 batang pokok tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia yang ditanam oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sejak hampir empat tahun lalu ketika ini mewujudkan suasana ceria apabila berbunga mekar.

Usaha yang pernah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) itu bukan sahaja mendapat pujian warga setempat, malah menjadi tarikan kepada pengunjung di Seberang Perai sehingga ada yang menggelarkannya sebagai ‘bunga sakura’.

Tinjauan Kosmo! hari ini mendapati, kawasan yang ditanam dengan pokok yang berbunga dua kali setahun itu menceriakan suasana dengan bunga-bunga berwarna putih dan merah jambu seperti musim sakura di Jepun dan Korea Selatan.

Menurut Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud, sehingga kini terdapat 13 lokasi penanaman pokok tekoma iaitu empat di daerah Seberang Perai Utara , (lima) Seberang Perai Tengah dan (empat) Seberang Perai Selatan.

Kata Rozali, kebiasaannya, pokok itu akan berbunga di antara bulan Mac hingga April dan September hingga Oktober pada setiap tahun.

“Antara keistimewaan pokok ini ialah ia mempunyai aktiviti (berfungsi) seperti antibakteria dan antimalaria, selain sesuai dijadikan halangan angin, pokok hiasan di jalan raya dan perumahan.

“Pada masa yang sama, tekoma juga menyajikan pemandangan yang indah dan mempersonakan seperti berada di luar negara terutamanya Jepun dan Korea Selatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rozali berkata, spesis Tabebuia dipercayai berasal dari benua Amerika Tengah dan Amerika Selatan serta bersaiz sederhana besar iaitu setinggi 15 hingga 20 meter selain membentuk silara atau rimbunan daun di atas pokok secara bertingkat-tingkat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI