fbpx

Badan kekar Joong-ki cairkan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOONG-KI

SEBUT sahaja nama Song Joong-ki, pasti semua peminat setia dan pengikut tahu akan bentuk tubuh badan kurus yang dimilikinya sebelum ini.

Pun begitu, perubahan ketara bentuk badannya dalam drama Vincenzo yang sedang ditayangkan ketika ini mengejutkan ramai peminat sehingga menjadi topik hangat media sosial.

Meskipun hasilnya tidak segah atau terlalu kekar seperti ahli bina badan, perubahan yang berlaku kepada aktor berusia 36 tahun itu membuatkan ramai peminat semakin ‘jatuh cinta’ kepadanya.

Menerusi pendedahan sebelum ini, dalam proses untuk mendapatkan bentuk tubuh badan berotot tersebut, ramai jurulatih peribadi pernah berputus asa dengannya.

Difahamkan, keadaan tubuh badan Joong-ki yang kurus sebelum ini menyukarkannya membina otot dengan cara biasa.

Akan tetapi, dia langsung tidak berputus asa dan mencuba sedaya upaya membina ototnya secara ekstrem bagi menghidupkan watak utama sebagai Vincenzo Cassano menerusi drama popular tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI