fbpx

AstraZeneca tiada gelatin, sumber babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham

PUTRAJAYA – Vaksin Covid-19 AstraZeneca (AZD1222) tidak mengandungi bahan yang berasal daripada sumber babi, gelatin babi dan gliserin haiwan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, AstraZeneca memaklumkan bahawa vaksin itu juga tidak mengandungi asid stearik, laktosa dan produk daripada sumber kerang-kerangan atau ikan tidak bersisik serta pati gandum.

“AstraZeneca telah memberikan kenyataan untuk memaklumkan bahawa AZD1222 tidak mengandungi sebarang bahan daripada sumber haiwan sebaliknya semua eksipien (sebatian tidak aktif) berasal daripada sayuran.

“Selain itu, AZD1222 tidak mengandungi bahan terlarang, bahan yang berasal daripada sumber babi, gelatin babi, gliserin haiwan, asid stearik, laktosa dan produk daripada sumber kerang-kerangan atau ikan tidak bersisik serta pati gandum,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Adham berkata, enzim daripada sumber babi (porcine trypsin) hanya digunakan ketika proses pembangunan garis sel T-REx-293, menjadikan trypsin itu tidak terlibat secara langsung dengan bank sel sebenar yang digunakan dalam proses pembuatan.

“Ia (porcine trypsin) hanya digunakan jauh ke dalam sel perumah dan oleh itu, kehadirannya tidak dianggap wujud dalam Produk Dadah dan Sebatian Dadah,” katanya.

Beliau berkata, AstraZeneca bagaimanapun harus memberikan keputusan ujian makmal untuk mengesahkan tiada sisa atau saki-baki bahan daripada sumber babi dalam produk akhir sebagai salah satu syarat pendaftaran vaksin.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin Covid-19 di negara ini.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk media rasmi dan pengumuman oleh KKM untuk maklumat yang sahih dan boleh dipercayai,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI