fbpx

ABC-19 bantu komuniti daftar PICK 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Redzuan Md. Yusof bercakap pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Khas di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Sukarelawan Program Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) di seluruh negara akan digerakkan bagi membantu kerajaan mendaftarkan komuniti di luar bandar dan pedalaman bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Mohd. Redzuan berkata, sebelum ini, ABC-19 menjalankan aktiviti pemantauan bagi mengurangkan pendedahan komuniti kepada jangkitan Covid-19.

Beliau berkata, selepas ini, ABC-19 akan menggalas tanggungjawab Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam menggalakkan dan membantu komuniti untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

“Oleh itu, semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah diminta untuk mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi  Bencana (PKOB) yang akan bertindak sebagai ‘war room’ bagi melancarkan
proses gerak gempur ABC-19 ini.

“Bagi tujuan pemantauan pula, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Emergency Support Team (NEST) yang terdiri daripada pegawai-pegawai agensi daripada pelbagai sektor akan digerakkan ke setiap negeri dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, inisiatif untuk mencapai komuniti kelompok dalam populasi rakyat Malaysia hanya akan berjaya apabila lebih ramai rakyat yang mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi.-  K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI