fbpx

54 individu ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan serta tidak memakai pelitup muka antara kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) yang paling tinggi dikesan semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kedua-dua kesalahan itu masing-masing mencatatkan 25 dan 17 kes.

Beliau berkata, turut dikesan pada operasi semalam adalah kesalahan rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (6), tiada penjarakan fizikal (5) dan lain-lain (1).

“Semalam, seramai 54 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 53 individu dikompaun manakala satu (1) direman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan, Ops Benteng semalam berjaya menahan lima orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas dua buah kenderaan darat dan dua buah bot/kapal.

Katanya, pihak berkuasa turut mengesan dua buah bot/kapal di perairan negara serta sebuah kenderaan darat melalui dua aktiviti penglihatan.

“Seramai sembilan orang PATI turut diusir melalui tiga aktiviti pengusiran,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI