fbpx

195 penagih dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penagihan dadah oleh ibu bapa dikhuatiri menjadi contoh ikutan yang buruk kepada anak-anak. - Gambar hiasan

KUANTAN – Seramai 195 penagih dadah ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam Operasi Perdana 1 yang bermula Ahad lalu dan berakhir malam tadi.

Pengarah AADK negeri, Zirwatul Ahlam Zamzam berkata, operasi siri pertama tahun ini itu memberi tumpuan kepada lokasi panas yang dikenalpasti AADK seperti di sekitar Felda Keratong, Rompin, mukim Kuala Kuantan, Kuala Pahang dan Pahang Tua di daerah Pekan.

“Daripada 195 suspek yang kita tahan, 168 daripadanya positif dadah pelbagai jenis dan kita turut menahan tiga wanita dalam operasi kali ini.

“Kita juga berjaya merampas pelbagai jenis dadah dalam operasi selama lima hari itu dan antara dadah kita rampas ialah 91 biji pil kuda; 41.92 gram syabu dan heroin sebanyak 5.55 gram,”katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Zirwatul Ahlam memberitahu, kes positif dikesan membabitkan penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine sebanyak 134 kes dan 34 kes lagi membabitkan dadah jenis Opiat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI