fbpx

Undi18 dijangka dilaksanakan selepas 1 September 2022 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan pendaftaran Pemilih Automatik dan Undi18 hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022.

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jangkaan itu dibuat setelah menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan awal SPR.

Beliau berkata, SPR bersikap realistik dengan perkembangan dan situasi semasa negara ketika ini yang secara umumnya masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“SPR komited untuk melaksanakan Pendaftaran Pemilih Automatik dan Undi18 seperti yang diluluskan di Parlimen untuk direalisasikan pada Pilihan Raya Umum ke-15 pada tahun 2023 berpandukan kepada Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Abdul Ghani berkata, persiapan ke arah pelaksanaan itu masih berjalan dan dalam tindakan sewajarnya membabitkan pembangunan sistem, semakan dan penyelarasan data, program libat urus susulan bersama agensi kerajaan, parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) serta persiapan-persiapan lain yang berkaitan dengannya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod terkini SPR, jumlah warganegara berumur 18 tahun dan ke atas adalah seramai 5.6 juta orang manakala mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun hanya seramai 1.2 juta orang.

Menurutnya, 4.4 juta orang adalah mereka yang berusia 21 tahun dan ke atas.yang mana telahpun layak tetapi masih belum berdaftar sebagai pemilih.

“Justeru, kami menyeru rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun dan ke atas ini untuk segera mendaftar sebagai pemilih secara dalam talian melalui mysprdaftar.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri atau pejabat pos berdekatan,” katanya.

Katanya, SPR juga akan melancarkan sistem semakan prapendaftaran automatik melalui Portal SPR bermula Ogos depan bagi membolehkan 5.6 juta bakal pemilih menyemak dan mengesahkan maklumat mereka.

Jelasnya lagi, SPR juga sedang menyediakan satu laporan interim berhubung Pendaftaran Pemilih Automatik dan Undi18.

“Laporan ini dijangka akan dikeluarkan pada bulan September depan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI