fbpx

Suspek kes samun taska penagih dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Suspek kes samun bersenjatakan senapang angin di sebuah taska di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada Selasa lalu telah dikenalpasti.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 40-an itu juga merupakan penagih dadah.

“Kita juga percaya senapang angin yang digunakan dalam kejadian samun itu merupakan buatan sendiri.

“Identitinya sudah dikenalpasti dan kita percaya usaha untuk memberkasnya akan berhasil pada masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Polis ke-214 peringkat Terengganu di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang wanita tergamam apabila taska diusahakannya diceroboh seorang penjenayah sehingga dia kerugian RM8,000.

Tambah membuatkan Khatijah Ali, 58, cemas , lelaki berkenaan turut mengacukan selaras senapang angin di arah dia dan cucunya yang berusia dua tahun.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, dua beg tangan milik wanita tersebut dan anak perempuannya yang mengandungi wang tunai hampir RM4,000, dua utas rantai leher dan dua bentuk cincin telah dilarikan penjenayah yang memakai topi keledar bertutup penuh berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI