fbpx

“Saya ditembak tiga kali, ditetak enam kali oleh pengganas Sulu,” – Deputi Superintendan Mohamad Hasnal Jamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasnal Jamil

MELAKA – “Saya telah ditembak tiga kali, satu di perut yang menembusi badan belakang dan dua di lengan. Walaupun parah, setelah saya nampak pegawai saya Superintendan Ibrahim Lebar (dinaikkan pangkat kepada Asisten Komisioner) masih bernyawa, saya gagahkan diri untuk menyelamatkannya.

“Namun, beliau akhirnya ‘gugur’ ditepi saya,” kongsi Deputi Superintendan Mohamad Hasnal Jamil.

Peristiwa berdarah pada 2 Mac 2013 yang berlaku kira-kira pukul 7.30 malam, di perkampungan air, Kampung Simunul, Semporna, Sabah itu akan terus disimpannya rapi dalam ingatan dan disemat kemas di dada sebagai salah seorang pejuang negara.

Mohamad Hasnal merupakan salah seorang pegawai dari di Cawangan Khas (SB) Bukit Aman yang dihantar ke Semporna dalam Op Daulat bagi menghapuskan militan Royal Security Force (RSF) yang cuba merampas Sabah dengan dakwaan ia merupakan tanah wilayah kesultanan Sulu.

Katanya, pertempuran itu berlaku selepas pasukan negara dapat menghidu pergerakan RSF, yang diasaskan oleh Jamalul Kiram III, di Kampung Simunul dan rancangan mereka untuk menawan Ibu Pejabat Polis (IPD) Semporna. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI