fbpx

Saman kini boleh dibayar secara dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini boleh membayar saman secara dalam talian menerusi Portal dan aplikasi MyBayar Saman yang dilancar Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tengah malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, menerusi portal dan aplikasi ini orang awam dapat melakukan pembayaran dalam talian tanpa perlu bersesak di kaunter-kaunter bayaran sedia ada.

“Sempena tarikh keramat Hari Polis ke-214, PDRM juga ingin menawarkan pengurangan saman sebanyak 50 peratus ke atas sama-saman yang terpilih bermula hari ini sehingga 11 April (18 hari) kepada mereka yang menggunakan portal dan aplikasi Mobil MyBayar Saman.

“Saman kompaun ini bagaimanapun dikecualikan ke atas enam kesalahan utama kesalahan trafik seperti melanggar lampu isyarat merah, memandu melebihi had laju ditetapkan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon semasa memandu dan memandu di lorong kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Portal Dan Aplikasi Mobile MyBayar Saman yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Azisman Alias di Bukit Aman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sejak aplikasi MyBayar Saman yang tidak dikenakan sebarang caj perkhidmatan dilancarkan pada pukul 12.01 tengah malam tadi, jumlah bayaran diterima sudah melebihi satu juta.

“Sebelum ini, pencapaian bayaran tanpa tunai oleh PDRM adalah rendah berbanding agensi kerajaan dan kementerian yang lain. Sebanyak 18.5 peratus pada 2019 berbanding purata pencapaian keseluruhan sektor awam sebanyak 62.9 peratus dengan sasaran 55 peratus hingga 60 peratus.

“Pada tahun lalu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) telah berjaya meningkatkan prestasi terimaan tanpa tunai sebanyak 46.7 peratus namun ia masuh belum mencapai sasaaran yang ditetapan sebanyak 70 peratus,” jelasnya.

Tambahnya, reka bentuk sistem MyBayar Saman telah diluluskan oleh Jawatankuasa Sistem Perakaunan Kerajaan Persekutuan, Jabatan Akauntan Negara pada 9 Disember 2020.

“Sementara resit dan dokumen kewangan pula diluluskan oleh Jawatankuasa Borang-Borang Kewangan, Kementerian Kewangan pada 26 Februari tahun ini.

“Orang ramai juga boleh melayari portal rasmi PDRM atau pautan http://mybayar.rmp.gov.my atau memuat turun aplikasi MyBayar saman melalui Google Playstore atau Apple Appstore,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI