fbpx

Saingan NSL 2021 julang martabat sukan bola jaring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NSL 2021 menjanjikan saingan kompetitif untuk bola jaring sekali gus mengangkat martabat sukan berkenaan.

Oleh FADZLUN ABAS

Penganjuran Netball Super League 2021 (NSL 2021) merupakan inisiatif yang diambil oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) dan Astro Arena dalam usaha memperkasakan sukan bola jaring di semua peringkat.

NSL 2021 memulakan saingan pada 19 Mac lalu dan perlawanan akan berlangsung setiap Jumaat hingga Ahad pada setiap minggu dan akan berakhir pada 11 April nanti.

Pada saingan julung-julung kalinya ini, lapan pasukan iaitu Johor Jewels, Kedah Sunshine, KL Wildcats, Melaka Mystics, Negeri Sembilan Venoms, Selangor Angels, Perak Phonix dan Pahang Tulips menyertai saingan ini.

Sebagai bekas pemain bola jaringan kebangsaan, saya telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengulas jemputan pada siaran langsung yang disiarkan oleh Astro Arena dan beberapa perkara menarik minat saya selepas berakhirnya minggu pertama.

Aksi pembukaan saingan me­nemukan antara pasukan Perak Phoenix menentang Kedah Sunshine sekali gus mencatat sejarah menjadi perlawanan pertama untuk saingan NSL 2021.

Berlangsung dengan cukup sengit, namun Kedah Sunshine terpaksa akur dengan aksi mantap Perak Phoenix apabila tunduk 47-38 pada perlawanan ter­sebut.

Aksi kedua menyaksikan Me­laka Mystic bukanlah tandingan sebenar KL Wildcats apabila me­reka dibelasah 13-91.

Bagaimanapun, pertembu­ngan antara jaguh dari selatan tanah air, Johor Jewels dan Se­langor Angels benar-benar mencuri tumpuan apabila kedua-dua pasukan mempamerkan kehandalan untuk mengakhiri perlawanan dengan 50-50.

Secara keseluruhan, saya percaya NSL 2021 adalah platform yang terbaik untuk peminat dan pemain bola jaring mendapat peluang mengembangkan lagi bakat mereka.

Ia merupakan sebuah kejohanan yang bersifat kompetitif, dan penuh debaran kerana persaingan yang wujud untuk me­rebut gelaran sulung.

Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan kedudukan sukan bola jaring di negara ini.

Bagi perlawanan minggu ke­dua, saya mengharapkan peningkatan dari segi strategi, taktikal dan tahap kecergasan pemain.

l Fazdlun Abas merupakan bekas pemain bola jaring kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI