PADA pangkal atau dipanggil siyah dalam istilah dunia memanah, terlihat ukiran meliuk membentuk beberapa pucuk daun bersama tangkai yang menguntumkan putik bunga. Apabila ditanyakan jenis kayu yang dikikir itu, ternyata ini bukanlah buah tangan biasa, sebaliknya cukup istimewa kerana kayu tersebut adalah sebahagian daripada pokok ciku kampung berusia lebih 300 tahun. Daripada siyah yang melambangkan seni Nusantara, tempat pemegangnya pula direka teguh dan disebatikan bersama pembidik khusus dengan jarak tarikan penuh mengikut kesesuaian pelanggan yang membuat tempahan busur. Hasil tangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya