fbpx

Reda kisah keluarga, suami kongsi video Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video pendek yang dimuat naik suami Hannah dalam Twitternya baru-baru ini.

Sebelum ini, nama Hannah Delisha dan suamianya Imam Shah menjadi sebutan ramai selepas dikatakan berkahwin tanpa mendapat restu ibu aktres itu.

Rasanya, ketika ini kisah Hannah dan ibunya sudah reda. Mungkin semuanya sudah kembali normal.

Ketika orang sudah semakin melupakan isu tersebut, Imam muncul dalam Twitter dengan memuat naik sebuah video pendek memaparkan wajah cantik isterinya.

Biarpun video tersebut tidak disertakan dengan audio, hantaran berkenaan telah diulang kicau lebih 4,000 kali daripada pengguna Twitter.

Rasanya, itu video pertama Imam yang memaparkan isterinya kepada umum sejak mereka berkahwin pada Februari lalu. Buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga jodoh kalian berpanjangan ya.

MIZZ LAHAR: Tak sabar nak tunggu pengumuman Zulin Aziz. Betul ke tengah rancang nak nikah?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI