fbpx

Polis Pahang siasat helikopter rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kanan) diiringi Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang pegawai polis pada sambutan Hari Polis Ke-214 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Polis Pahang menjalankan siasatan sama ada helikopter yang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang semalam mendapat kebenaran merentas negeri atau pun tidak.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, polis juga sedang menyiasat sama ada juruterbang dan empat penumpang kenderaan udara itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan dibenarkan berlepas dari Sungai Lembing dekat sini.

“Siasatan masih dilakukan dan kita bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk mendapat kepastian berhubung hal ini.

“Sehubungan itu saya harap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi selagi siasatan belum berakhir,”katanya selepas sambutan Hari Polis ke-214 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Semalam sebuah helikopter Airbus AS350 B3 yang dikendalikan juruterbang dan empat penumpang terhempas berhampiran hangar Airbus Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Pesawat persendirian itu dikatakan berlepas dari Sungai Lembing, Kuantan pada pukul 8.30 pagi untuk penerbangan persendirian ke Subang melalui Maran, Temerloh, Karak dan Batu Caves.

Difahamkan lima mangsa terbabit dalam insiden itu dalam keadaan stabil dengan dua daripadanya mengalami kecederaan dan helikopter berkenaan tidak mengalami kebakaran. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI