fbpx

Polis Kelantan tawar diskaun 50 peratus saman trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien Mamat (tengah) melancarkan kaunter pengurangan saman pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 Tahun 2021, Peringkat Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini. - FOTO : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Orang ramai yang mempunyai saman melibatkan kesalahan lalu lintas di negeri ini boleh membuat semakan dan pembayaran dengan diskaun sebanyak 50 peratus bagi tempoh dua minggu bermula hari ini hingga 8 April depan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dalam tempoh itu, urusan pembayaran saman boleh dilakukan pada hari bekerja sahaja iaitu Ahad hingga Khamis di kaunter bermula pukul 8.30 pagi hingga 4 petang.

“Kaunter bayaran saman dibuka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, IPD Tumpat, IPD Pasir Mas, IPD Bachok, IPD Machang, IPD Pasir Puteh, IPD Tanah Merah, IPD Kuala Krai, IPD Jeli dan IPD Gua Musang.

“Diskaun sebanyak 50 peratus bagaimanapun tidak sah kepada pesalah trafik yang termasuk dalam status tertentu iaitu berstatus kes bicara di mahkamah, kesalahan potong barisan serta saman kemalangan pada tahun ini dan tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 Tahun 2021, Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Kelantan di sini hari ini.

Menga Shafien berkata, diskaun itu juga tidak boleh digunakan kepada individu yang berstatus waran tangkap, saman melibatkan lori dan saman berkaitan ubah suai ekzos yang dikeluarkan mulai 1 Mac lalu.

Tambahnya, orang ramai yang bakal berurusan di kaunter bagi urusan pembayaran saman perlu mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI