fbpx

PKPD di dua kampung di Kota Belud, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dua kampung di Kota Belud, Sabah iaitu Kampung Lebak Moyoh dan Kampung Siasai Tamu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di dua kawasan itu dilaksanakan selepas berlaku peningkatan kes secara mendadak dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 89 ujian saringan di Kampung Lebak Moyoh dan daripada jumlah itu sebanyak sembilan kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Manakala, sebanyak 77 ujian saringan telah dilaksanakan di Kampung Siasai Tamu dan tujuh kes positif telah dilaporkan di lokaliti ini.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di dua kampung itu mulai esok hingga 8 April depan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI