fbpx

Munawwareen bakal ceburi teknologi solar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ­Mu­na­wwareen Holdings Sdn. Bhd. (Munawwareen) yang sebelum ini terlibat dalam bidang fesyen pakaian muslimah, telah mengembangkan cabang perniagaannya kepada segmen teknologi solar.

Pengasas syarikat, Aliza Abu Bakar berkata, impak pandemik Covid-19 telah memberi peluang kepada syarikat untuk menceburi bidang berpotensi yang boleh menjana pendapatan untuk jangka masa panjang.

Sebagai permulaan syarikat bakal memperkenalkan inovasi solar light untuk melancarkan lagi tugas pihak polis ketika membuat sekatan jalan raya pada waktu malam.

“Idea ini telah mendapat sambutan yang baik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan solar light akan dibekalkan ke setiap balai polis di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis makan malam bersempena program lawatan kerja Koperasi Polis Diraja Malaysia Bhd. atau Kop Mantap Bhd. ke Kontinjen Zon Selatan di Johor Bahru baru-baru ini.

Munawwareen adalah sa­lah satu penaja utama bagi program berkenaan dengan men­yumbang air mineral dan pelitup muka kepada petugas barisan hadapan.

Menurut Aliza, buat masa ini, perniagaan Munawwareen tetap seperti biasa tetapi perkembangannya tidak menggalakkan seperti sebelum ini.

“Sebagai orang bisnes, kita perlu sentiasa kreatif dan terbuka dalam mencari peluang baharu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI