fbpx

Kumpulan Etika menang anugerah majikan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan Etika sekali lagi diangkat sebagai Majikan Terbaik Global buat tahun kedua berturut-turut dalam Anugerah Penjenamaan Majikan Ke-15 yang diadakan secara maya di Mumbai, India tahun ini.

Dianjurkan oleh World HRD Congress, badan penganugerahan itu mengiktiraf Kumpulan Etika sebagai salah satu daripada pemenang Anugerah Jenama Majikan Terbaik Global 2021 bagi kategori Strategi Sumber Manusia Terbaik Sejajar dengan Perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Etika Malaysia, Singapura dan Brunei, Khalid Alvi berkata, pihaknya menerima pengiktirafan tersebut dengan rasa rendah diri setelah melalui tempoh yang sukar tahun lalu.

“Etika sentiasa berusaha untuk menyokong, memberi inspirasi dan meningkatkan kemam­puan pekerja agar mereka lebih berjaya.

“Matlamat kami adalah untuk mengembangkan jaringan kakitangan yang tangkas untuk mewujudkan organisasi yang saling bekerjasama antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan ­baru-baru ini.

Kejayaan merangkul anugerah tersebut antara lain disumbangkan oleh strategi sumber manusia bagi mencapai objektif ekonomi, operasi dan perniagaan serta bersesuaian dengan matlamat organisasi membangunkan tenaga kerja untuk masa hadapan dalam era pasca pandemik.

Setelah menerima anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia sebanyak tiga kali sejak 2018 hingga 2020, Kumpulan kini meletakkan sasaran lebih tinggi untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI