fbpx

Kanak-kanak 7 tahun diserang wanita kurang siuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita yang dipercayai mempunyai gangguan mental menyerang seorang kanak-kanak menggunakan garpu dalam kejadian di Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mengalami cedera di bahagian kepala dan tangan akibat dicederakan wanita kurang siuman menggunakan garpu dalam kejadian di Jalan Austin Height 3, Taman Mount Austin, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 8 pagi ketika kanak-kanak itu sedang berada di luar bangunan pusat tuisyen di kawasan tersebut.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu setelah bapa mangsa membuat laporan polis di balai berhampiran.

Katanya, pihaknya sedang mengesan seorang wanita disyaki kurang siuman yang telah bertindak mencucuk seorang kanak-kanak perempuan itu.

“Seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa bahawa semasa kejadian, seorang wanita telah menghampiri anaknya sebelum mencucuknya menggunakan garpu.

“Perbuatan wanita disyaki kurang siuman itu menyebabkan mangsa mengalami cedera pada bahagian kepala dan tangan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd. Padzli berkata, wanita berkenaan bertindak melarikan diri selepas mencederakan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu.

Beliau berkata, suspek yang dipercayai kurang waras itu masih belum dikesan dan pihaknya sedang berusaha mengesan wanita terbabit.

“Siasatan awal mendapati wanita itu adalah individu tidak dikenali dan bukan jiran kepada pengadu. Maklumat lanjut mengenai wanita itu belum diperolehi,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI