fbpx

Filipina hantar lebih banyak kapal tentera ke Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR satelit dirakam pada 23 Mac lalu menunjukkan bot-bot China berlabuh berhampiran Terumbu Whitsun, sekitar 320 kilometer dari Pulau Palawan, Filipina. - AFP

MANILA – Tentera Filipina mengarahkan lebih banyak kapal tentera laut dihantar ke Laut China Selatan hari ini ketika perbalahan diplomatik meningkat berhubung armada bot China yang berlabuh berhampiran terumbu tuntutan bertindih.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan yang kaya dengan sumber alam semula jadi.

Manila telah mengarahkan Beijing memanggil pulang sebanyak 183 bot yang berlabuh di terumbu berbentuk bumerang sekitar 320 kilometer dari Pulau Palawan itu selepas menyifatkan kehadirannya sebagai pencorobahan kedaulatan wilayah Filipina.

Kira-kira 220 buah bot dikesan oleh pengawal pantai Filipina pada 7 Mac lepas tetapi berita tersebut hanya didedahkan hujung minggu lalu. Sebuah pesawat peronda tentera Filipina mendapati sebanyak 183 bot China masih berada di sana.

China menyatakan bahawa bot-bot nelayannya sedang berlindung daripada cuaca buruk berhampiran terumbu itu.

Seorang jurucakap Angkatan Bersenjata Filipina berkata, kapal-kapal tambahan tentera laut akan mengadakan ‘rondaan kedaulatan’ di laluan laut itu.

Beliau tidak menyatakan sama ada kapal-kapal tentera Filipina akan belayar berhampiran terumbu tersebut atau jenis kapal perang yang akan digunakan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI