fbpx

Dua bot tangkap ikan di zon larangan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM Perak menahan dua bot nelayan laut dalam yang melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti perikanan di kawasan pesisiran pantai, dalam dua kejadian berasingan semalam dan Jumaat lalu.

LUMUT – Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan dua bot nelayan laut dalam yang melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti perikanan di kawasan pesisiran pantai, dalam dua kejadian berasingan semalam dan Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kedua-dua bot itu ditahan melalui Op Pintas yang dilaksanakan agensi tersebut.

Jelasnya, dalam Op Pintas semalam, pasukan itu mengesan bot nelayan tempatan kelas B di kedudukan 2.8 batu nautika barat Sungai Rungkup, Bagan Datuk yang dikategorikan sebagai Zon A, pada pukul 6 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan dua kru warga Indonesia yang tidak mempunyai lesen atau kebenaran dan telah melakukan aktiviti perikanan dengan menggunakan pukat tunda di Zon A,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, satu lagi bot ditahan pada 19 Mac lalu kerana melakukan aktiviti perikanan di Zon A sekitar 5.1 batu nautika barat daya Sungai Tiang, Bagan Datuk, sekitar pukul 3 petang.

Menurut Shahrizan, bot itu dikendalikan lima kru termasuk tekong, berumur dalam lingkungan 27 hingga 60 tahun.

Tegasnya, kedua-dua bot disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(B) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI