fbpx

Cimpanzi berhubung guna aplikasi Zoom elak rasa bosan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cimpanzi dilihat berbaring sambil menonton layar skrin sewaktu penstriman aplikasi Zoom. – Safaripark.cz

PRAGUE – Pengurusan zoo di Republik Czech menggunakan aplikasi Zoom bagi membolehkan cimpanzi di dua taman haiwan tersebut berinteraksi sesama sendiri berikutan penutupan zoo pada musim pandemik, lapor portal Good News Network, kelmarin.

Pihak Taman Safari Dvur Kralove dan Zoo Brno telah memasang skrin besar yang dihubungkan kepada aplikasi sembang video popular itu supaya kumpulan cimpanzi itu boleh ‘berbual’ antara satu sama lain.

Cimpanzi bernama Dingo, Babeta, Bonnie, Suzi, Chispi dan Mat itu berhubung setiap hari biarpun terpisah pada jarak 144 kilometer dari tempat tinggal masing-masing.

Dalam hal ini, pengurusan zoo berharap kaedah itu dapat memberi rangsangan dan menghiburkan haiwan itu ketika menjalani tempoh perintah berkurung yang panjang.

Ahli zoologi yang bertugas di Taman Safari Dvur Kravlove, Gabriela Linhartova berkata, pada peringkat awal, haiwan tersebut mendekati layar dengan isyarat mempertahankan diri kerana menyangka ada cimpanzi lain cuba menceroboh kawasan masing-masing.

“Perlahan-lahan ia bertukar kepada corak ragam ‘saya sedang menonton filem’ atau saya sedang menonton televisyen’ apabila menyedari cimpanzi di layar skrin adalah rakan sejenis.

“Cimpanzi tersebut kelihatan seronok dapat berinteraksi sesama sendiri meskipun hanya menerusi layar skrin, ” katanya.

Penstriman langsung turut disiarkan di laman web rasmi zoo tersebut pada setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 4 petang waktu tempatan dan dijangka berlanjutan sehingga akhir bulan ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI