fbpx

Anak mangsa kes bunuh di Kota Tinggi dijaga datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaiton (kanan) melihat hasil kraftangan yang dibuat oleh golongan OKU Cerebral Palsy ketika Majlis Serahan Sumbangan Kepada Persatuan Cerebral Palsy, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Dua anak kepada wanita yang dibunuh suaminya dalam satu kejadian di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi pada 1 Mac lalu kini dijaga datuk mereka di Hulu Terengganu, Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Zaiton Ismail berkata, dua beradik berusia tiga dan empat tahun itu ditempatkan sementara dibawah jagaan datuk sebelah perempuan.

Jelasnya, kes ini masih dalam siasatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor.

“JKM masih menyiasat kerana ini melibatkan ahli keluarga yang ramai. JKM siasat siapa yang lebih berhak sebelum mengemukakannya kepada mahkamah berhubung hak penjagaan kanak-kanak tersebut.

“Ketika ini dua beradik itu diserahkan kepada keluarga datuknya kerana mereka rapat selain turut mempunyai ahli keluarga lain di kawasan berdekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serahan Sumbangan Kepada Persatuan Cerebral Palsy Johor yang diadakan di Dewan Cerebral Palsy Johor Bahru, di sini hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI