fbpx

Aamir Khan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AAMIR Khan

NEW DELHI – Pelakon yang juga penerbit terkenal Bollywood Aamir Khan dikhabarkan positif wabak Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Menurut laporan Pinkvilla, pelakon berusia 56 itu sedang menjalani penggambaran sebuah filem ketika dia disahkan positif wabak tersebut.

“Aamir telah menjalani ujian calitan dan keputusannya positif. Dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, dia turut mengarahkan pekerjanya untuk melakukan ujian calitan untuk pencegahan,” ujar sumber terdekat aktor tersebut.

Situasi yang dilalui aktor 3 Idiots sekali gus menyebabkan penggambaran filem berjudul Laal Singh Chaddha terpaksa dihentikan sementara buat kali kedua.

Terdahulu Aamir pernah mengalami kecederaan serius pada bahagian dada ketika melakukan aksi lasak ketika penggambaran filem yang sama.

Laal Singh Chaddha merupakan sebuah filem adaptasi daripada sebuah karya Hollywood berjudul Forrest Gump yang dibintangi oleh pelakon, Tom Hanks.

Selain Aamir Khan, filem tersebut turut dibintangi oleh aktres, Kareena Kapoor yang kini sedang berehat selepas melahirkan cahaya mata keduanya pada Februari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI