fbpx

Zul Zivilia jadi ‘ustaz’ dalam penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUL ZIVILIA

UMUM tahu, sudah dua tahun penyanyi Zul Zivilia yang juga merupakan vokalis kumpulan Zivilia meringkuk dalam penjara akibat kesalahan mengedar dadah.

Dalam satu perkembangan terkini, isterinya, Retno Paradinah memberitahu keadaan Zul di dalam penjara di Rutan Salemba, Jakarta Pusat, baik-baik sahaja.

Menurut laporan hot.detik.com, penyanyi yang popular menerusi lagu Aishiteru itu sedang mendekati agama dan banyak berdakwah semasa berada di dalam penjara.

“Alhamdulillah suami banyak melakukan dakwah dan mengajar orang mengaji dan mendalami agama Islam,” kata Retno.

Bahkan, penyanyi itu turut digelar ‘guru’ dalam kalangan banduan kerana sering berbagi ilmu.

Terdahulu, Zul Zivilia telah ditangkap polis di Jakarta Utara pada 1 Mac 2019 atas kesalahan dadah dan dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI