KUCHING – Tiga lelaki dipercayai terperangkap di dalam sebuah lubang ketika sedang mencari batu emas di Gunung Tabai, Bau di sini hari ini (24 Mac).
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau telah dikerahkan ke lokasi sekitar pukul 10.45 pagi.
“Maklumat awal mengatakan dua mangsa telah tersangkut manakala seorang lagi telah tertimbus di dalam lubang untuk menggali batu emas,” katanya dalam satu kenyataan tadi.
Salah seorang mangsa telah dikenalpasti sebagai Mat Tapa, 25.
Setakat pukul 11.20 pagi, komander operasi melaporkan anggota bomba telah ternampak tangan di dalam lubang terbabit.
Operasi menyelamat ketiga-tiga mangsa masih diteruskan sehingga kini. – K! ONLINE