fbpx

Seleweng LPG, minyak masak bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar (tengah) menunjukkan hos gas yang digunakan untuk memindahkan gas daripada tong LPG bersubsidi kepada tong gas LPG industri.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menumpaskan aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi selepas menyerbu sebuah stor di Kampung Telok, Nibong Tebal di sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 5 pagi itu, sebanyak 1,700 kilogram (kg) gas LPG bernilai RM21,000 dirampas.

Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, pihaknya mendapati seorang lelaki sedang memindahkan sebanyak 20 tong LPG bersubsidi ke dalam 20 tong LPG industri ketika serbuan.

“Pemeriksaan lanjut kemudian menemui 17 tong LPG bersubsidi yang masih berisi dan 16 tong kosong.

“Pada masa sama, sebanyak 24 unit paip hos dan sebuah lori yang digunakan untuk mengangkut LPG itu disita dengan jumlah sitaan sebanyak RM21,000,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Ridzuan berkata, pihaknya turut merampas 1,300 kg minyak masak paket 1 kilogram bersubsidi di dalam 47 kotak semasa serbuan lain di sebuah premis di Mukim 14, Nibont Tebal kira-kira pukul 1.25 petang semalam.

“Ketika operasi, dua lelaki warga tempatan didapati sedang memunggah kotak minyak masak berkenaan di atas sebuah lori.

“Kita menjumpai sejumlah minyak masak paket 1 kg yang telah digunting, satu tong dram plastik yang berisi cecair disyaki minyak masak, sebuah lori kanvas dengan dua biji tangki plastik yang berisi minyak masak serta satu pam elektrik dan sambungan paip daripada tong dram ke dalam tangki plastik,” katanya.

Kedua-dua kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI