fbpx

Selepas hidung, Liza mahu ‘baiki’ payudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIZA ADITYA

PENYANYI Liza Aditya mengakui ramai yang ingin mendekatinya selepas dia melakukan pembedahan plastik pada hidung.

Liza menjalani pembedahan kosmetik mencantikkan hidungnya pada Januari lalu, sekali gus menjadi pembedahan kedua yang dilakukannya.

“Saya melakukan pembedahan untuk mencantikkan bentuk hidung. Ini merupakan pembedahan kali kedua kerana saya berasa kurang berpuas hati dengan pembedahan pertama,” ujarnya.

Menurut pelantun lagu Kisah Yang Salah itu, dia telah melakukan pembedahan tersebut di sebuah pusat kecantikan di Malang, Jawa Timur Indonesia dan bukannya di Jakarta.

“Pembedahan di Malang lebih murah iaitu sekitar 35,000 rupiah (RM9,984) berbanding di Jakarta iaitu 75,000 rupiah (RM21,395). Saya sayang duit saya,” ujarnya yang berpuas hati dengan hasil pembedahan tersebut.

Selepas melakukan pembedaha hidung, Liza berharap dia tidak terpedaya untuk melakukan pembedahan plastik pada anggota badannya yang lain, walaupun sebenarnya dia mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu terhadap payudaranya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI