fbpx

Perjalanan Zii Jia masih panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican mencuba simulator MotoGP pada Majlis Penyampaian Hadiah MyFit@Motorsports di pekarangan Kementerian Belia dan Sukan di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan perjalanan pemenang All England 2021, Lee Zii Jia masih lagi panjang.

Jelasnya, kejayaan diraih perseorangan negara itu mengembirakan rakyat Malaysia namun sasaran utama adalah pingat emas pertama Olimpik Tokyo 2020.

Katanya, dalam tempoh setahun, Zii Jia berjaya menampilkan peningkatan prestasi dan dia kini antara pemain yang digeruni.

“Kejayaan Zii Jia menggembirakan ramai rakyat Malaysia, perjalanannya masih jauh kerana pencapaian utama ialah di Olimpik Tokyo 2020.

“Kita jangan terlalu ghairah menyambut kejayaan ini,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Program MyFit@Motorsport di Menara KBS di sini hari ini.

Katanya, selain jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang, Zii Jia juga dilihat antara atlet yang berpotensi untuk menyumbang pingat di Sukan Olimpik.

“Saya mula mengikuti perkembangan Zii Jia sejak tahun lalu di All England juga, melihat macam mana dia kalahkan Jonatan Christie, Chen Long dan tewas di separuh akhir. Bagi saya dia adalah antara pemain yang bakal diberi perhatian ramai.

“Saya minta BAM jangan ambil masa panjang untuk mempersiapkan Zii Jia kerana sekarang ini kebanyakan negara sedang menjalankan kajian terhadap permainannya selepas dia berjaya menundukkan Viktor Axelsen.

“Kami berharap Zii Jia akan kekal konsisten. Selepas ini di Terbuka Malaysia dan harap (prestasi) berterusan hingga Julai depan,” katanya.

Ahad lalu , Zii Jia melakar kejutan dengan menewaskan Axelsen yang juga bekas juara dunia 30-29, 20-22, 21-9 untuk muncul perseorangan lelaki Malaysia keenam menjuarai kejohanan badminton tertua di dunia.

Kemenangan di Birmingham itu membolehkan Zii Jia, 23, menamatkan penantian empat tahun Malaysia selepas kali terakhir muncul juara menerusi Datuk Lee Chong Wei pada 2017. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI