fbpx

“Mohon doa jumpa mak kami”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Som tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu dan pencariannya sudah masuk hari ke lima hari ni.

TAMPIN – “Saya mohon doakan agar mak mentua saya, Che Som Ibrahim, 69, segera ditemui lebih-lebih lagi, hari ini sudah hari ke lima mak hilang,” luah Abdul Halem Samsuddin, 31, ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Halem berkata, dia dan isterinya, Masturah Abdullah, 31, yang merupakan anak bongsu dari tujuh beradik nekad berpindah dari Seremban ke Desa Permai Repah Mei tahun lalu bagi menjaga serta menemani mak mertuanya itu.

Menurutnya, mak mentuanya mengalami masalah kesihatan mental dan bergantung kepada ubat-ubatan.

“Pagi Sabtu lalu, saya hairan mak tak buat air seperti biasa dan bertanyakan kepada isteri. Isteri kata mungkin mak mandi tapi bila diperiksa mak tiada.

“Biasanya mak kalau keluar akan pulang semula ke rumah, namun kali ini mak tidak pulang dan kami segera memaklumkan kepada adik beradik yang lain,” katanya.

Halem berkata, pelbagai usaha telah dilakukan mereka sekeluarga bagi mengesan mak mentuanya itu termasuk memperluaskan kawasan pencarian di Tampin dan juga Seremban.

Menurutnya, mereka juga menerima banyak panggilan dan juga mesej di aplikasi sosial menyatakan ada ternampak mak mertuanya di kawasan Tampin, Seremban dan ada juga di Gemas.

“Adik beradik isteri semua balik cari mak. Di Surau Desa Permai Repah juga telah dilaksanakan solat hajat dan selebihnya di rumah pada setiap hari.

“Malah hari ini ada seorang wanita yang sanggup turun padang mencari mak mentua saya dan menyatakan mak mentua berada di kawasan berhampiran sahaja,” katanya.

Menurutnya, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat boleh memaklumkannya segera kepadanya di talian 013-2729741 atau balai polis terdekat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI