fbpx

Mir, Rins kongsi data jentera buru kejuaraan 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mir (kiri) dan RIns sentiasa berkongsi data untuk membangunkan jentera yang lebih baik. – AFP

DOHA – Dua pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins dan Joan Mir me­ngakui tidak menyembunyikan sebarang data yang diperoleh sepanjang sesi ujian pramusim bagi memastikan pasukan itu mampu bersaing musim ini.

Selain itu, mereka berdua bersiap sedia untuk bersaing mem­buru gelaran dunia dalam Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Tahun ini adalah musim ketiga mereka bersama pasukan itu dan mengakui mengenali kelebihan serta kelemahan masing-masing.

Mir mengakui sejak musim lalu dia tidak menerima sebarang arahan daripada pasukan untuk memberi laluan kepada Rins sekiranya mereka berdua bersaing untuk merebut kemenangan.

“Ketika saya naik ke kelas utama MotoGP pada 2019, gaya tunggangan Rins dan saya sangat berbeza tetapi sejak musim lalu, tunggangan kami hampir sama meskipun terdapat beberapa perbezaan data.

“Rins sangat hebat ketika mengambil selekoh dan tidak berdepan masalah untuk memecut laju di selekoh. Kelebihan saya adalah penggunaan brek untuk mencuri masa.

“Data kami masing-masing berbeza dan kami berkongsi untuk memastikan pasukan mampu membina jentera GSX-RR lebih sempurna. Hasil akhir bergantung kepada cara tunggangan masing-masing. Jadi, saya teruja untuk memulakan aksi pembukaan musim ini,” katanya.

Sementara itu, Rins mengakui teknik tunggangan Mir sangat agresif dan dia perlu cepat belajar untuk mendapatkan hasil yang terbaik bersama Suzuki musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI