fbpx

Lupus barang-barang e-waste secara teratur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani Mohamad (tiga dari kanan) merasmikan Kempen e-Waste Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan,Ipoh hari ini.

IPOH – Kerajaan negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri hari ini melancarkan Kempen Pengumpulan Buangan Barangan Elektrik dan Elektronik (e-waste) peringkat negeri Perak sejajar dengan penerapan agenda ‘Perak Bumi Lestari’.

Kempen ini bermatlamat untuk menyemai kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kesan pembuangan perkakasan elektrik secara tidak teratur (e-waste) selain meningkatkan kesedaran awam untuk menjaga alam sekitar.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, kempen sama yang dilaksanakan pada tahun lalu berjaya mengumpul sebanyak 44.3 tan buangan E-Waste isi rumah sekali gus menjadikan Perak antara negeri yang merekodkan kutipan tertinggi.

Sehubungan itu kata beliau, pada tahun ini, kempen tersebut akan terus dipergiatkan dengan penglibatan lebih menyeluruh anggota masyarakat melalui kerjasama kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) yang akan melaksanakannya pada setiap daerah.

“Dengan jalinan kerjasama yang menyeluruh ini, pelaksanaan sistem pengumpulan dan pembuangan barangan elektrik dan elektronik di dalam negeri Perak dapat dijalankan lebih selamat, tersusun dan berkesan.

“Kesemua buangan e-waste yang berjaya dikumpulkan di semua pusat pengumpulan daerah akan dikutip dan diuruskan oleh syarikat yang dilesenkan JAS Perak untuk dikitar semula dan dilupuskan,” ujarnya ketika berucap semasa melancarkan Kempen e-waste Peringkat negeri Perak di Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.

Sepanjang kempen ini nanti, orang ramai diseru supaya menghantar buangan e-waste dari rumah ke pusat-pusat pengumpulan secara sukarela dan tidak membuang ke dalam tong sampah domestik sedia ada.

Ini kerana buangan e-waste berupa buang yang bertoksik dan berpotensi mengancam kesihatan kita dan merosakkan alam sekitar.

Tambah Saarani, program ini diharap dapat mewujudkan satu jalinan kerjasama antara agensi-agensi di bawah kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkepentingan dalam usaha pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar di negeri ini

Katanya lagi, orang ramai juga adalah dialu-alukan untuk menjadi mata dan telinga JAS dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI