fbpx

Lebih 7,000 calon duduki STAM 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 7,277 orang calon telah mendaftar untuk menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 yang bermula 29 Mac ini hingga 7 April depan.

Lembaga Peperiksaan (LP) dalam satu kenyataan berkata, seramai 1,144 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar di 236 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Pada masa sama, LP mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan STAM 2020 mengenai tarikh dan masa peperiksaan berlangsung.

Katanya, calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri, pernyataan pendaftaran peperiksaan dan borang deklarasi saringan Covid-19 ke pusat peperiksaan.

“LP juga ingin mengingatkan semua calon untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0.

“Ini bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan mencegah penularan wabak Covid-19,” katanya.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun menerusi portal LP di http://lp.moe.gov.my.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI