fbpx

Jurubahasa paling cantik di China dikagumi netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Klip video memaparkan Jing mendapat puluhan juta tontonan di platform media sosial China – HANDOUT

BEIJING – Seorang wanita yang mewakili China pada Sidang Kemuncak Amerika Syarikat (AS) dan China di Alaska baru-baru ini menjadi selebriti internet ekoran memiliki rupa paras je­lita di samping kebijaksanaannya mengendalikan acara itu, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.

Zhang Jing yang berusia lewat 30-an, mencuri tumpuan ramai ketika menterjemahkan ucapan pembukaan Ahli Majlis Negara, Yang Jiechi selama 15 minit pada awal persidangan tersebut antara­ pegawai kanan AS dan China, Khamis lalu.

Media tempatan menggelar­nya sebagai ‘jurubahasa paling cantik di China’ manakala nama Zhan Jing menjadi carian ter­tinggi di platform media sosial tempatan, Weibo. Klip video yang memaparkan fotonya turut me­raih puluhan juta tontonan secara online.

Menurut bekas guru bahasa Inggeris wanita tersebut, Hu Yuebing, pelajarnya bercita-cita menjadi diplomat sejak dari bangku sekolah dan ingin be­kerja dalam perkhidmatan diplomatik apabila dia dewasa.

“Dia mendapat gred cemerlang selama tiga tahun di sekolah tinggi dan turut mendapat tempat di Universiti Peking dan Universiti Tsinghua. Kedua-­duanya adalah universiti teratas di China.­

“Namun, dia memilih Universiti Hal Ehwal Luar China untuk menyambung pelajaran. Jing dikecualikan daripada mengambil peperiksaan kemasukan,” kata Yuebing yang mengajar Jing di Sekolah Bahasa Asing Hangzhou.

Katanya, Jing cemerlang dalam semua mata pelajaran terutamanya bahasa Inggeris dan turut mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Britain.

Walaupun penampilan fizikal Jing mencuri tumpuan, ramai memuji kelancarannya menterjemahkan lebih 2,000 patah perkataan semasa rundingan diplomatik tersebut, yang sekali-sekala tegang.

Seorang pengguna Weibo berkata, sikap tenang Jing de­ngan penterjemahan lengkap dan sempurna menampilkan gaya staf diplomatik era baharu.

“Bijak. Dia menggabungkan bakat dan kecantikan. Bagus,” tulisnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI