fbpx

Jonetz by Don Don Donki penuhi keperluan peminat produk Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peminat barangan buatan Jepun kini dapat memenuhi kBukit epuasan membeli-belah ketika berkunjung ke Jonetz by Don Don Donki bertempat di pusat beli-belah Lot 10 Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Cawangan sulung milik Pan Pacific Retail Management (Malaysia) Sdn. Bhd. (Pan Pacific Retail), subsidiari luar negara Pan Pacific International Hol­dings Corporation (PPIH) itu telah mula dibuka kepada umum sejak 19 Mac lalu.

Presiden Pan Pacific Retail, Satoshi Machida berkata, premis terbaharu itu berkonsepkan gedung khusus menjual pelbagai produk Jepun seperti barangan makanan ringan, barangan runcit, kosmetik, produk kecantikan, makanan, keperluan isi rumah dan buah-buahan bermusim.

“Kami berharap pelanggan akan merasai pengalaman yang menyenangkan ketika memilih produk Jepun kegemaran mereka yang berkualiti tinggi, unik serta dijual pada harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pembukaan gedung pertama Jonetz by Don Don Donki baru-baru ini.

PPIH Group kini berada di lima pasaran di luar negara iaitu di Amerika Syarikat dengan 38 gedung, lapan gedung di Si­ngapura, dua gedung di Thailand, tujuh gedung di Hong Kong dan sebuah gedung di Taiwan.

Sehingga kini, terdapat 57 gedung di enam pasaran di luar Jepun termasuk Jonetz by Don Don Donki di Lot 10.

Machida menerangkan, pihaknya bakal menawarkan beberapa barangan yang mesra untuk pelanggan beragama Islam agar mereka dapat membeli-belah tanpa sebarang keraguan.

“Terdapat bahagian khusus untuk daging lembu seperti da­ging lembu Wagyu dan da­ging BBQ Jepun yang diperolehi dari kilang yang disahkan halal,” ujarnya.

Selain itu, ditawarkan buah-buahan bermusim yang popular serta bahagian khusus, iaitu Seksyen 5 Ringgit yang menawarkan barangan keperluan harian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI