fbpx

Brave Girls punca Lee Hwi-jae dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE HWI-JAE (kiri) dan Brave Girls (kanan).

NAMA pengacara popular, Lee Hwi-jae baru-baru ini memanas dengan satu kontroversi yang agak remeh.

Beberapa hari lalu, tersebar beberapa keping foto album mini ketiga Brave Girls berjudul High Heels yang mengandungi tanda tangan kumpulan itu ditujukan khas buat Hwi-jae.

Bagaimanapun, gambar tersebut dimuat naik oleh seorang individu mendakwa membeli album tersebut secara terpakai dan bukannya dibeli dari kedai fizikal.

Selepas gambar tersebut tersebar, Cube Entertainment tampil membuat permohonan maaf kepada Brave Girls atas kecuaian mereka sehingga menyebabkan album yang dihadiahkan kepada Hwi-jae terlepas ke tangan pihak lain.

“Pengurus Hwi-jae juga mengakui masih ingat dengan pemberian album Brave Girls suatu ketika dulu.

“Bagaimanapun kami memohon maaf kerana cuai menjaga hadiah pemberian orang. Kami berasa bersalah terhadap Brave Girls dan peminat mereka. Kami berjanji tidak akan mengulanginya sekali lagi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI