fbpx

Biden gesa perketat undang-undang senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Joe Biden bercakap dalam sidang akhbar pada Selasa di White House. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Selasa menggesa undang-undang kawalan penggunaan senjata api diperketatkan susulan insiden tembakan yang berlaku di Colorodo yang mengorbankan 10 nyawa kelmarin.

Ia bagi menangani trauma berpanjangan negara yang berdepan kes-kes pembunuhan menggunakan senjata api di sekolah, kelab malam, panggung wayang dan tempat awam lain di negara itu.

Biden berkata, beliau tidak perlu menunggu seminit apatah lagi satu jam untuk mengambil langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan demi menyelamatkan nyawa pada masa akan datang dan mendesak rakan-rakannya di Dewan dan Senat untuk bertindak.

“Ini bukan dan tidak sepatutnya menjadi isu kepartian. Ini isu rakyat Amerika. Ia akan menyelamatkan nyawa. Nyawa rakyat Amerika dan kita harus bertindak.

“Kita boleh melarang senjata api dan kelopak peluru berkapasiti tinggi di negara ini sekali lagi,” katanya mengingatkan bahawa Kongres pernah meluluskan larangan 10 tahun untuk penggunaan senjata api seumpama itu pada 1994.

Kawalan penggunaan senjata api yang lebih ketat begitu popular dalam kalangan rakyat Amerika namun parti Republikan telah lama menentang pandangan yang dilihat beberapa pihak sebagai melanggar hak mereka untuk memegang senjata.

Biden bercakap beberapa jam selepas seorang lelaki berusia 21 tahun dituduh di mahkamah berhubung kes tembakan dalam pasar raya di Boulder, Colorado.

Kes pembunuhan itu berlaku kurang seminggu setelah seorang lelaki bersenjata menembak mati lapan orang di beberapa spa di Georgia, Atlanta.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI