fbpx

Banjir mula melanda Hulu Tembeling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk sudah bersedia dengan bot gentian kaca untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya banjir berterusan di Kampung Bantal, Hulu Tembeling, Jerantut hari ini.

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT – Hujan lebat berterusan sejak tiga hari lalu menyebabkan beberapa buah kampung di Hulu Tembeling di sini termasuk Kampung Bantal mula dinaiki air akibat limpahan air sungai Tembeling.

Seorang penduduk Kampung Bantal, Zulkefly Jamaludin,50, berkata siren amaran banjir berbunyi pada pukul 12.27 pagi ini apabila air melimpah masuk ke kawasan kampung.

“Kami tidak terkejut kerana sudahpun menjangkakan air Sungai Tembeling akan melimpah masuk ke kawasan kampung memandang hujan lebat sejak tiga hari lalu.

“Kejadian ini berpunca apabila berlaku pertembungan aliran Sungai Sepia dan Sungai Tembeling berdekatan kampung ini menyebabkan air naik begitu cepat,” katanya di Kampung Bantal, Hulu Tembeling dekat sini hari ini.

Menurutnya, pada masa ini air telah melimpah ke kedai makan berhampiran tebing sungai, pondok menunggu bot penambang, jeti dan beberpa buah rumah penduduk.

Bagaimanapun katanya, tiada lagi penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setakat ini.

Dalam pada itu katanya, sehingga kini hujan masih turun serta paras air berada pada paras amaran bahaya.

“Penduduk sentiasa berwaspada dengan senario ini seperti yang pernah dialami pada musim pejur penghujung tahun lalu.

“Air memenuhi kawasan dataran melibatkan pondok menunggu bot penambang, kedai makan dan beberapa buah rumah penduduk, tetapi masih tidak melibatkan pemindahan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI