fbpx

Amirudin, Khairy bincang kaedah terbaik daftar vaksin rakyat Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (kanan) sedang melakukan gimik perasmian dengan menjadi Barista di Kafe Gloria Jeans di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini. - FOTO : ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan berbincang bersama
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, esok, dalam mencari kaedah pendaftaran terbaik bagi proses pemberian vaksin kepada rakyat negara ini termasuk warga emas.

Amirudin berkata, perbincangan itu akan dilakukan di pejabatnya susulan setakat hanya kira-kira 1.4 juta sahaja berdaftar berbanding jumlah keseluruhan rakyat Selangor seramai 6.4 juta.

“Esok saya ada bermesyuarat dengan Khairy Jamaluddin. Kita di negeri Selangor ada perancangan menggerakkan jentera pentadbiran untuk mendaftarkan warga kita untuk program imunisasi.

“Jumlah yang mendaftar program imunisasi agak kecil iaitu kira-kira 1.3 hingga 1.4 juta berbanding 6.4 juga jumlah keseluruhan rakyat. Manakala warga asing seperti pembantu rumah di negeri terdapat 700,000 dan hanya 400,000 sahaja berdaftar,” katanya selepas merasmikan Kafe Gloria Jeans di Bangunan Sultan Salahuddin Shah hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kaedah terbaik untuk mendaftarkan warga emas dan warga Selangor untuk PICK agar tiada sesiapa yang tercicir.

Amirudin berkata, pihaknya telah menjalankan pelbagai langkah memudahkan urusan pendaftaran PICK kepada warga emas khususnya termasuk dari rumah ke rumah serta membuka kaunter di pasar malam di serata negeri.

“Apa yang penting bukan sahaja isu pendaftaran tetapi kita ingin memastikan kumpulan yang ingin disasarkan adalah kumpulan yang tepat.

“Selain mendaftarkan warga Selangor untuk menerima vaksin kita juga perlu mengambil langkah untuk mempromosi PICK supaya rakyat segera mendaftar,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI