fbpx

Alex bersedia buru podium MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEX bakal beraksi bersama pasukan LCR Honda musim ini dan bertekad untuk mencabar kejuaraan dunia. – AFP

DOHA – Pelumba LCR Honda Castrol, Alex Marquez meng­anggap musim lalu adalah tahun pembelajaran untuk memahami karakter ‘liar’ Honda RC213V tetapi kali ini bersedia untuk memburu podium pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang membuka tirai di Qatar hujung minggu ini.

Alex sentiasa menjadikan, Marc Marquez sebagai idola, namun dia tidak mahu sering dibayangi prestasi cemerlang abangnya itu yang berjaya meraih enam gelaran dunia MotoGP.

“Secara profesional saya mencapai keputusan lebih daripada yang saya jangkakan meskipun ia adalah tahun pertama saya dalam saingan utama MotoGP.

“Saya kagum dengan pencapaian Marc kerana dia telah menjuarai banyak kemenangan dan sering dahagakan kejuaraan. Dia sentiasa mahu mengatasi lawannya dan itulah sebab dia sentiasa mencapai kejayaan.

“Apa yang boleh saya katakan, saya selalu menjadi Alex. Bayangan Marc tidak akan mengganggu saya. Fokus saya adalah memburu kemenangan dan tidak akan terganggu.

“Saya sudah berjaya meraih gelaran pada saingan Moto3 dan Moto2. Misi kali ini adalah untuk menjuarai gelaran dunia MotoGP dan itulah harapan yang saya letakkan pada waktu ini,” katanya.

Pada debut pertamanya musim lalu, Alex melakukan kejutan apabila menamatkan saingan di tempat kedua dalam dua aksi berturut-turut di Grand Prix (GP) Perancis dan GP Aragon bersama pasukan Repsol Honda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI