fbpx

9 tukang urut seks warga asing dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tukang urut seks warga asing yang diberkas dalam Ops Gegar.

SHAH ALAM – Kegiatan tiga buah premis di bangunan kedai menggunakan tukang urut warga asing dalam menawarkan perkhidmatan seks terbongkar apabila diserbu dalam tiga serbuan berasingan di sini semalam.

Dalam serbuan Ops Gegar di sekitar Subang Jaya dan Klang selama tiga jam bermula pukul 9 malam itu, menahan sembilan individu berusia 23 hingga 43 tahun terdiri warga Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, berdasarkan siasatan awal premis ini tidak memaparkan sebarang papan iklan perniagaan bagi mengaburi pihak berkuasa selain dilengkapi televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.

Katanya, pihaknya terpaksa memecahkan pintu jeriji besi dan bermagnet kerana tidak mendapat kerjasama dari penghuni bagi melakukan pemeriksaan.

Difahamkan premis itu beroperasi sejak setahun lalu.

“Semasa serbuan dilakukan ada di antara warga asing ini sedang bekerja dengan melayan pelanggan di bilik-bilik kecil dalam premis tersebut.

“Malah, terdapat warga asing dan pelanggan cuba melarikan diri namun gagal apabila kesemua premis itu dikepung,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau menambah, hasil pemeriksaan dipercayai berlakunya penawaran pakej urutan badan dan perkhidmatan seks dengan penemuan kondom yang telah digunakan dan belum digunakan di dalam bilik dan stor premis tersebut.

“Siasatan awal juga mendapati setiap pelanggan yang ingin mendapatkan pakej perkhidmatan ini dikenakan bayaran sebanyak RM150 bagi tempoh 45 minit.

“Kita telah memeriksa 22 individu dengan sembilan daripadanya ditahan kerana pelbagai kesalahan dibawah Akta Imigresen dan Peraturan-Peraturan Imigresen termasuk tidak mempunyai pas dan permit sah, tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas yang telah diberikan,” katanya.

Jelas Mohamad Shukri, mereka akan direman selama 14 hari mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Imigresen Semenyih.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI