fbpx

1,268 kes baharu, Selangor kekal kes tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,268 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kini mencecah sebanyak 336,808 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan sebanyak 490 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 141 kes dan Johor sebanyak 135 kes.

“Seterusnya, Pulau Pinang (99 kes), Negeri Sembilan (59 kes), Kuala Lumpur (53 kes), Melaka (52 kes), Kedah dan Kelantan (masing-masing 49 kes), Sabah (45 kes), Pahang (43 kes) dan Perak (42 kes).

“Dalam pada itu, Putrajaya melaporkan enam kes baharu, Terengganu (empat kes) dan Labuan (satu kes),” katanya dalam satu ciapan di Twitter di sini hari ini.

Ujarnya lagi, negeri Perlis pula tidak melaporkan kes baharu Covid-19 hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI