fbpx

Zii Jia layak julang kejuaraan All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Axelsen mengakui Zii Jia layak dinobatkan sebagai pemenang kejohanan All England kelmarin.

PERSEORANGAN lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara buat kali pertama pada kejohanan badminton Seluruh England (All England) malam kelmarin.

Pemain berusia 23 tahun itu menampilkan aksi yang cukup cemerlang apabila menewaskan pemain No. 2 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen 30-29, 20-22, 21-9 pada perlawanan akhir.

Kata Zii Jia, kedua-dua pemain menampilkan aksi yang cukup baik pada perlawanan itu, namun dia memberi fokus terhadap mata demi mata berbanding memikirkan kejua­raan.

“Bagi saya, kami berdua sudah tampilkan aksi yang terbaik sehingga ke set penentuan. Saya sedar saya ada ke­lebihan ketika Axelsen dilihat mula hilang fokus.

“Kemudian, saya beritahu diri sendiri supaya fokus kutip mata dan jangan hilang fokus kerana ia mampu beri peluang kepada Axelsen untuk bangkit,” kata pemain yang menghuni ranking ke-10 dunia itu.

Sebagai rekod, pemain kelahiran Alor Setar itu akhirnya menamatkan kemarau kejua­raan All England apabila kali terakhir Malaysia memena­nginya menerusi Datuk Lee Chong Wei pada 2017.

Pada masa sama, kemena­ngan itu turut mengubat kekecewaan Zii Jia selain berjaya membalas dendam apabila dia tewas kepada lawan sama di peringkat separuh akhir tahun lalu.

Sementara itu, Axelsen mengakui Zii Jia layak dinobatkan sebagai pemenang selain percaya dia mensia-siakan peluang mempertahankan kejuaraan apabila tewas pada set pertama.

“Satu perlawanan yang sa­ngat gila. Saya sepatutnya menang set pertama jika mahu memenangi kejohanan ini, namun saya gagal lakukannya. Zii Jia bermain lebih baik dan layak untuk bergelar juara,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI