fbpx

The Bos Gaurus tutup mulut pengkritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE PAULA (dua dari kanan) meraikan jaringan kedua pasukan Perak FC ketika membantuThe Bos Gaurus ikat JDT 2-2 di Stadium Perak, Ipoh kelmarin. – ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh AZIZAN HASHIM

IBARAT ‘panas setahun terhapus dek hujan sehari’. Begitulah pepatah yang sesuai buat pasukan Perak FC apabila berjaya menampilkan aksi cemerlang ketika mengikat penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

Pada perlawanan itu, tiada siapa yang mahu memberi peluang jurulatih, Chong Yee Fatt dan anak-anak buahnya dengan kata-kata semangat sebaliknya penuh dengan kecaman, namun skuad The Bos Gaurus tidak goyah apabila menampilkan aksi luar biasa.

Malah, tuan rumah turut berjaya mendahului perlawanan dengan jaringan 2-0 menerusi dua gol oleh Guilherme de Paula sebelum kelebihan tersebut terpadam hasil jaringan Akhyar Rashid dan penalti pada lewat perlawanan oleh Leandro Velazquez untuk keputusan 2-2 sehinngga wisel dibunyikan.

Terdahulu, De Paula dikecam dengan teruk oleh penyokong-penyokong susulan aksi hambar dipersembahkan, namun ledakan dua gol ketika menentang Harimau Selatan sudah pastinya membuka mata para peminat The Bos Gaurus.

Sebelum ini, persembahan Perak FC amat longlai apabila empat perlawanan awal iaitu menentang PJ City, TFC dan KL City berakhir dengan kekalahan kecuali aksi bertemu Sri Pahang yang menang 2-0.

“Memang kami beraksi di bawah tahap sebenar tetapi malam ini (semalam) pemain buktikan kemampuan dan perwatakan mantap mereka untuk menebus maruah tercalar.

“Saya berbangga dengan persembahan setiap anggota pasukan,” kata ketua jurulatih Chong Yee Fatt.

Yee Fatt mengakui moral dan semangat anak-anak buahnya memang rendah sebelum pertemuan dengan JDT berikutan dua kekalahan berturut-turut, namun usaha pegawai pasukan memberi motivasi dan perangsang sebelum turun ke gelanggang berjaya mengembalikan keyskian diri pemain Perak.

“Keputusan ini cukup pen­ting. Walaupun hanya mengutip satu mata tetapi keupayaan menyekat JDT tetap satu kejayaan.

“Saya berharap ia detik perubahan pasukan Perak dalam menghadapi kempen Liga M seterusnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI