fbpx

Suntikan vaksin ketika bulan Ramadan adalah harus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri menyampaikan sumbangan komputer riba kepada pelajar asnaf Kolej Uniti pada majlis di kolej tersebut di Tanjung Agas, Port Dickson hari ini. FOTO : ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

PORT DICKSON: Suntikan vaksin Covid-19 pada bulan Ramadan adalah harus dan tidak membatalkan puasa.

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, perkara tersebut telah diputuskan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini.

“Diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan (dan) kita melihat hampir seluruh dunia mengiyakannya. Terbaharu pandangan daripada Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh menyatakan, mendapatkan vaksin Covid-19 di bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa.

“Kenyataan tersebut dikeluarkan untuk menepis keraguan umat Islam dalam menerima suntikan vaksin saat Ramadan dan keharusan untuk bervaksin sekalipun ketika berpuasa pada bulan Ramadan dan tidak membatalkan puasa. Jawapan tersebut adalah sejalur pandangan Ulama Shafie’ dan pandangan ahli ahli Fatwa ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba Kepada Pelajar Asnaf Kolej Uniti oleh Tabung Haji Travel di Kolej Uniti, Tanjung Agas hari ini. –  K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI