fbpx

Spurs bangkit tebus kecewa aksi Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS berjaya meraih kemenangan selepas menundukkan Villa 2-0 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho me­ngakui kekecewaan akibat tersingkir daripada saingan Liga Europa minggu lalu menjadi pencetus semangat untuk mereka mencatat kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa awal pagi semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Spurs kembali bersemangat untuk memburu kelompok empat pasukan teratas sekali gus mara ke saingan Liga Juara-Juara musim depan selepas tewas de­ngan agregat 2-3 kepada Dinamo Zagreb pada pentas Liga Europa musim ini.

Jaringan pembukaan menerusi Carlos Vinicius dan Harry Kane membolehkan Spurs me­lonjakkan kedudukan ke tempat keenam, tiga mata dibezakan dengan Chelsea yang berada di kedudukan keempat.

“Saya gembira dengan kemenangan ini tetapi kesedihan ke­rana tersingkir daripada Liga Europa masih terasa, namun kami memberikan respons dengan baik ekoran kekalahan itu.

“Saya tidak mahu keputusan ini dianggap sebagai reaksi kepada kekalahan lalu tetapi kami sepatutnya menjadikan ia sebagai mentaliti dan semangat setiap kali turun beraksi.

“Saya fikir ini adalah cabaran buat kami untuk menjadikannya satu komitmen, kesungguhan dan pengorbanan yang perlu dikekalkan dalam baki perlawanan musim ini.
“Kami mempunyai kemampuan dan kesungguhan tetapi gagal me­nunjukkannya pada beberapa perlawanan lalu,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI